KENAIKAN harga makanan atau inflasi makanan yang sedang dihadapi oleh negara sekarang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar makanan, khususnya dari segi akses kepada pemakanan yang seimbang, sekali gus mendedahkan rakyat kepada ancaman kesihatan.
Melihat kumpulan B40 sebagai paling terkesan, peningkatan harga makanan mungkin mendorong keluarga berjimat cermat dan "mengorbankan" kualiti dengan hanya memilih makanan yang boleh mengenyangkan termasuk dapat diperoleh dalam kuantiti yang banyak pada harga murah.
Situasi ini tidak boleh diambil mudah kerana menurut pakar, pemakanan yang tidak seimbang dalam jangka panjang boleh merisikokan anak-anak mereka kepada penyakit orang dewasa termasuk obesiti dan diabetes.
Apatah lagi data menunjukkan kanak-kanak B40 kini turut mendepani masalah obesiti, suatu keadaan yang sebelum ini hanya dilihat lazim dalam kalangan anak-anak golongan berpendapatan tinggi di bandar.
OBESITI KALANGAN B40
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, kanak-kanak keluarga B40 mempunyai prevalens obesiti yang tinggi iaitu 15.6 peratus dan berat badan berlebihan 15.4 peratus, berbanding kanak-kanak bandar yang mencatatkan 15.3 peratus dan 15.4 peratus masing-masing.
Mengulas mengenai masalah itu, pakar pemakanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Ruzita Abd Talib berkata obesiti lazimnya dikaitkan dengan individu berpendapatan tinggi dan menetap di bandar kerana terdedah kepada pengambilan makanan berkalori tinggi.
Namun begitu, keadaan telah berubah apabila mereka yang tinggal di bandar, luar bandar dan kumpulan B40 tidak terkecuali daripada keadaan itu.
"Kadar prevalens obesiti juga tinggi di negeri yang mempunyai tahap urbanisasi tertinggi seperti di Putrajaya disebabkan faktor jaminan bekalan dari segi kualiti dan kuantiti makanan termasuk juga faktor persekitaran," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata obesiti yang terjadi disebabkan ketidakseimbangan pengambilan dan penggunaan tenaga turut dipengaruhi ketakjaminan makanan apabila makanan tinggi lemak, tinggi gula dan makanan padat tenaga menjadi pilihan B40 kerana mudah didapati, murah dan cepat kenyang.
"Sudah tentu ibu bapa kanak-kanak B40, tidak kira bandar mahupun luar bandar, akan memikirkan kelangsungan hidup buat keluarga mereka berbanding kepentingan nutrisi. Sumber utama yang diberi perhatian adalah makanan karbohidrat seperti nasi dan sumber protein seperti ayam.
"Sayur-sayuran dan buah-buahan bukan lagi menjadi keutamaan bagi keluarga B40 berikutan harganya yang mahal sekarang selain gangguan rantaian bekalan," kata pensyarah daripada Program Sains Pemakanan dan Pusat Kajian Kesihatan Komuniti (ReaCH), Fakulti Sains Kesihatan UKM itu.
Tambah beliau, isu kurangnya pengambilan sayur dan buah dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah turut dibuktikan menerusi kajian pada 2015 yang meninjau peringkat usia empat hingga enam tahun daripada kelompok berpendapatan rendah dan tinggi.
"Justeru, kerajaan perlu memberi lebih perhatian dalam usaha meningkatkan kualiti hidup golongan B40 yang bukan sahaja tinggal di kawasan luar bandar tetapi juga miskin bandar kerana tahap kemiskinan Malaysia ketika ini berada pada kadar 5.6 peratus yang dilihat membimbangkan," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata obesiti yang tidak dikawal boleh menyebabkan pelbagai penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, sekali gus menambahkan lagi beban kewangan bukan sahaja keluarga tetapi juga kerajaan.
KOS RAWATAN TINGGI
Bebanan kos akibat penyakit NCD yang ditanggung kerajaan diakui oleh pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin yang memetik laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (2020) 'The Impact of Noncommunicable Diseases And Their Risk Factors On Malaysia's Gross Domestic Product',
Menurutnya, laporan itu menyatakan kerajaan menanggung kerugian berjumlah RM12.88 bilion akibat tiga kategori NCD yang dikaitkan dengan masalah obesiti, iaitu penyakit jantung, kencing manis (diabetes) dan kanser.
Kos itu merangkumi kerugian produktiviti akibat ketidakhadiran serta kematian pramatang dalam lingkungan umur yang masih produktif, jelasnya.
"NCD seperti diabetes merupakan penyumbang utama kepada kematian pramatang di Malaysia iaitu sebanyak 67 peratus serta menyumbang 70 peratus kepada beban penyakit pada 2014. Kajian lain pula melaporkan bahawa 73 peratus daripada kematian di hospital kerajaan adalah akibat penyakit yang berkaitan dengan obesiti.
"Bayangkan beban yang bakal ditanggung oleh negara pada masa hadapan sekiranya masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak Malaysia tidak dibendung segera," katanya.
Justeru, usaha meningkatkan kesedaran pengambilan pola pemakanan seimbang perlu diterapkan sejak awal serta kempen mengenainya dipergiatkan lagi secara agresif dan berterusan bagi mengelak Malaysia digelar 'Negara Paling Manis di Asia'.
Kaji selidik Institut Kesihatan Awam dan Kementerian Kesihatan mendapati pengambilan gula dalam kalangan remaja Malaysia meningkat dari tujuh sudu kecil pada 2012 kepada 10 sudu kecil pada 2017.
Jumlah tersebut melebihi had cadangan pengambilan gula harian bagi dewasa, dan kerana itu pelan strategik perlu diatur segera bagi membendung situasi tidak sihat ini, kata Dr Norsham Juliana.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022
Pemakanan yang tidak seimbang dalam jangka panjang boleh merisikokan anak-anak mereka kepada penyakit orang dewasa termasuk obesiti dan diabetes. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Hentikan amalan sakau wang rakyat, kayakan diri dan kelompok kecil - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan mewarisi negara dalam keadaan sukar, termasuk hutang negara yang tinggi dan kenyataan itu seolah-olah cuba dipadamkan sesetengah pihak.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel - PM Anwar
Dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM
Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah sudah sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.
Inflasi makanan boleh dedahkan kanak-kanak kepada obesiti
Melihat kumpulan B40 sebagai paling terkesan, peningkatan harga makanan mungkin mendorong keluarga berjimat cermat dan mengorbankan kualiti.
Harga siling baharu ayam, telur bantu kekang kenaikan ketara inflasi makanan - MIDF Research
Inflasi makanan tersebut telah mencecah paras tinggi untuk beberapa tahun berdasarkan data Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Mei 2022.
Penetapan harga siling ayam elak tekanan lebih besar kepada inflasi makanan
Menurut firma itu, inflasi makanan ketika ini sudah pun mencecah paras tertinggi berdasarkan data IHP pada Mei 2022.
Kesan inflasi makanan yang tinggi gusarkan usahawan PMKS
Kesan inflasi makanan yang tinggi ketika ini menggusarkan pemain Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang rata-ratanya terlibat dengan industri makanan dan pembuatan.
Inflasi makanan meningkat 5.2 peratus pada Mei 2022, tertinggi sejak November 2011
Inflasi makanan terus meningkat ke paras baharu 5.2 peratus, tertinggi sejak November 2011, apabila 93 peratus item dalam kumpulan tersebut merekodkan kenaikan.
Inflasi makanan: Kerajaan laksana pelbagai strategi ringankan beban rakyat
Inflasi makanan adalah fenomena yang melanda seluruh dunia dan Malaysia turut tidak terkecuali merasai kesannya.
Diskaun tarif elektrik kepada pengeluar dan peruncit makanan di Sarawak
Sarawak akan melaksanakan beberapa pendekatan untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat susulan inflasi makanan.
Harga makanan di kedai, restoran makin mahal! Apa pilihan anda?
Menurut DOSM, sate dan nasi berlauk mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi iaitu 7.1 peratus.
Inflasi April 2022 catat 2.3 peratus, inflasi makanan naik kepada 4.1 peratus
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan perkara tersebut dalam laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan April tahun ini.
Inflasi makanan Malaysia dijangka dalam aliran meningkat - MIDF
Inflasi makanan Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat pada bulan-bulan akan datang.